20 March 2015

Banyak sembang tahi

Anak-anak semua jangan la salah sangka. Saya kat sini taknak cerita pasal najis pun. Itu hanyalah metafora untuk cakap kosong. Sperti tahi juga khasiatnya sudah tidak ada. Kosong (cue lagu najwa latiff).

Dalam banyak-banyak topik paling kurang aku sembang dalam internet confirm politik. Bukan tak minat, tapi aku takut kena tangkap. Kah kah. Yelah, student kan tak pasal-pasal kena buang mampos mak.


Sekarang kan tengah bising GST nak start April ni. Dulu pun dah bising, tapi sekarang lagi kuat berkicau pasal April lagi 10 hari. Masa ni la ramai tukar handphone, tukar laptop, beli kereta pasal lepasni 6% extra kau kena bayar. 

Ada orang kau tanya pasal GST pun dia taktau. Kapal terbang MH370 hilang tak jumpa pun taktau cerita setahun lepas kot. Ce bayangkan la weh. Sebenarnya ramai je tak amik port pasal hal keliling. Isu semasa ramai yang tak amik peduli. Ramai suka bersikap atas pagar dan dengar-dengar dari orang lain yang sembang tahi. 

Percayalah, benda ni penting. Kau kalau taknak sembang politik nak sokong parti mana pun takpelah, at least amik la tau pasal benda yang jadi dekat Malaysia ni. Nak-nak yang sebaya aku ni. 2 tahun lagi dah boleh mengundi pasal dah cukup umur. Takkan kau nak sia-sia kan peluang untuk ubah nasib negara? Come on, dah besar weh. Kita ni la dulu yang masa sekolah dalam karangan dok pong pang pong pang belia generasi Y aset negara paling berharga. Takkan orang yang berharga nak sembang tahi jugak?

Point aku sebenarnya nak cerahkan sikit biji mata kalian ni betapa pentingnya untuk tau apa yang berlaku dalam negara ni. Be it political issues, or economics issues. Sekarang information senang je nak dapat, type je, keluar la result dan pilih la sumber yang reliable. Banyak je yang tak reliable, agak-agak sembang tahi jugak, tak yah la nak percaya. 

Sembang boleh la, tapi move forward la pemikiran tu. Be alert of your surrounding. Jangan tau tweet cinta je, kahwin muda, nikah gantung. Jimbit la kamu semua cerita nak kahwin je. 

Sekarang ni, semalam kot tengah panas hudud. Hah, tau tak kamu? Kalau tak tau , google la. Insyallah bermanfaat. Berkembang la sikit sel-sel otak tu amin. Apa yang baik kita amik, yang tak baik, kita baikkan dan buang mana yang useless tu ok?

p/s: tak boleh tido sebenarnya jadi keluar la post mengarut ni >.<


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES