11 November 2014

Mungkin siapa yang baca update malam tadi, perasan la layout blog ni dah berubah. Bahasa pun tetiba berubah jadi bahasa melayu pulak. Nanti masa hadapan, memang akn bertukar la dua bahasa, ikut mood aku. Mungkin akan jadi 3 lepas aku bijak hangul hahahaha

Tadi tengahari sibuk godek-godek internet ni cari minimalist template. Nasib baik jumpa. Kira ok la ni. Biasa-biasa je tapi sedap biji mata aku tengok.

Kalau tengok kat atas sekali tu ada 3 pages kan. First home, then book review lepastu blogging clan. Kalau nak tau, sebelum-sebelum ni aku ada buat banyak jugak la review buku. Buku fixi je pun sebab time tu tak busy sangat. Dapat la nak baca novel. Sekarang ni haram takde masa. Kira banyak la review yang tertangguh masuk dalam draft. So ingatkan nak continue.

Yang page blogging clan tu, nak buat list blog sebenarnya. Tapi tengah cari time nak godek-godek blog yang aku follow. So nanti rajin-rajin ah belek mana tau dah siap update kan. Lepastu sebenarnya, nak cari blog lagi nak follow. Maklumlah, aku ni pemalas Ya Rabbi nak blogwalking jadah tu semua. Jadi bila dah ada list dengan link, aku tinggal klik je.

Kalau korang terbaca post ni kan, letak la link blog tu kat bawah comment tu hah, senang mak nak tengok ok.

Lepastu, siapa nak aku update resepi?


2 comments:

  1. bukan dah reti buat template sendiri pakai software amende tah tu ke? :3
    semoga sambung balik wat review buku :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde masa nak godek2 buat template busy dengan study hihihihi. Nak sambung la insyallah. tapi banyak buku fixi yang baru tak beli lagi sbb pitih takdop lepastu busy study (alasan)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES