25 March 2014

MH370

Tahun 2014 tahun suram untuk Malaysia khas nya. Jerebu, krisis air dan paling latest sekali kehilangan pesawat MH370. Semalam najib dah announced yg MH370 ended in South Indian Ocean. Masa mula-mula dengar PC duk bebal2 fikir, ended tu maksud dia radar tu last shown dekat area tu atau terhempas tp nak cover guna perkataan lembut dia guna ended. Tapi lepastu aku tengok dah ramai orang termasuk akaun twitter awani jugak cakap yg pesawat dah disahkan terhempas dia Selatan laut hindi. Jujur aku cakap, aku tak percaya. Pada aku, konklusi yang di buat terlalu mudah dan simple.

-

Dari awal lagi kita tahu yang pesawat tu dah dilencongkan kemudian, sistem radar dimatikan secara sengaja. Ramai orang buat konklusi yang pesawat tu di hijacked (termasuk aku). Selain tu jugak, ramai org percaya kehilangan pesawat ni sebagai batu loncatan utk next future event yg maha dahsyat lagi mengerikan a.k.a konspirasi beberapa kuasa besar luar atau dalam negara jugak. Takpe, kita lupakan semua teori-teori mengarut haram jadah ni.


Dukacita nya aku ramai rupanya belia dan orang tua bangka yang suka sangat bagi statement bodoh maha bebal. Please be a grown up. Please untuk kali ni sahaja. Memalukan betul. Kalau dah takde benda baik nak cakap, lebih baik diam. Kau betul-betul dah mengeruhkan keadaan dan emosi orang-orang yang terlibat.

Media luar condemn Malaysia kata kita tak berkemampuan nak handle krisis ni. Lagipun kita manada pernah hadapi krisis2 macam ni. Hah, kau sekali dapat tak berdaya. Aku tak amik port bila dorang dok condemn Malaysia sebab aku tau media-media ni dia punya kerja mmg nak cari cerita sensasi. Ada cerita baik punya dia publish. Apa-apa pun, aku tengok semua pihak bertungkus lumus dan ni bukan nya masa nak tuding jari. Semua patut bersama takyah dok fikir sangat ideologi dan semangat parti politik tu. Anehnya, ramai plak ahli politik cuba tunjuk perangai kurang cerdik. Hmm.




Semoga semuanya baik-baik sahaja dan kita tak putus berdoa untuk kesejahteraan mangsa-mangsa dan keluarga mereka yang tercinta. Jangan keruhkan lagi keadaan. Lebih baik diam kalau takde benda baik nak cakap. Sekian



p/s: lepas sebulan aku tak update blog akhirnya aku update jugak


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES