6 December 2013

Siapa lebih teruk ? Artis atau kita ?

Sejak dua menjak ni kan kecoh pasal cerita Lana Nodin dengan Johan Asari yang 3 hari kenal lepastu dah lamar si Lana ni. Gila tak kecoh sebab memula dia digosipkan dengan Shilla Amzah. Persoalan nya, macam mana aku boleh kesah pulak dengan benda-benda ni pulak kan ?

Lepastu kecoh-kecoh la dekat blog hiburan gosip artis yang si Lana ni kena hentam kutuk dengan orang ramai. Even sebelum dia kena gosip dengan Johan pun memang dia ni rajin kena hamun dekat instagram pasal gambar amat menggegar nafsu para jantan. Aku sendiri pun tau si Lana ni body bukan main mantap lagi jadi tak hairan la dia dapat komen-komen macam ni lepastu pakai baju pun macam kau hantar kain nak jahit lepastu belum sempat siap lagi tukang jahit meninggal. Begitulah di umpamakan pakaian dia ni. Tapi bukan dia sorang je yang selalu kena sembur, ramai lagi artis. Kalau tak kena sikit memang habis la. Dorang ni pulak yang sibuk bergaduh padahal si artis tu duduk sedap berdengkur. 

Aku nak cakap pasal si pengomen yang rajin sangat maki-maki orang. Aku paling menyampah baca komen lucah-lucah sabar jelah. Kalau dah sangap sangat sampai takde maruah nak tulis benda macam tu. Contoh nya macam ni.




Padan la muka kau aku publish kat sini. Memang takde otak kalau steam sangat tak payah nak bagitau kat public. 

Lepastu dah la maki orang macam tu. Eh, kau ingat artis takde perasaan ke Ya Allah. Kalau aku pun aku sakit hati. Dah la siapa-siapa kan, tiba-tiba komen "eh tetek kau besarnya" Nakharomm betul siapa yang bersuara tu. Lepastu orang dah kawin pun kau nak jelas kenapa Ya Allah. Lantak dia lah nak buat apa. Tak perlu nak tunjuk keprihatinan kau komen bukan main lagi. 



Tidak kurang jugak kaki kipas yang mengharapkan publisiti murahan. Satu je aku kata, mereka-mereka yang komen ni tiada yang lain melainkan manusia yang tak de kerja. Ada banyak lagi benda berfaedah yang kau boleh buat selain dari komen konon nak bodek artis tu. 

Alih-alih korang yang lebih teruk dari artis tu. 



1 comment:

  1. dtg follow blog awakk :)
    btw..
    terjah sini yeee...
    This is my personal blog,
    Syira tulis tentang diri sendiri, hal sosial dan persekitaran + perspektif Islam,
    fashion, resepi, tips blogging and giveaway.
    like page saya juga..ade di sudut belah kanan :)

    http://syiralokman.blogspot.com/

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES