6 December 2013

Resepi dorayaki !



Tuan puan tahukan kuih dorayaki ni kuih apa ? Hah, yang memang tak pernah tengok tv meh nak bagitau sikit. Ni lah kuih favourite Doraemon. Juga dikenali sebagai Japanese Pancake. Beza japanese pancake dgn Jack pancake, iaitu pancake yg selalu orang putih makan tu japanese pancake tak letak susu.



Lets get started !

3-4 orang makan

1 cawan tepung gandum
2 biji telur
1 sudu teh baking soda
1/2 cawan gula
Air

CARA-CARA 

1. Pukul telur dengan gula sampai gula tu betul2 hancur.
2. Masukkan tepung dan baking soda. Kemudian mix sampai tepung tu sampai takde ketul2.
3. Masukkan air. Jangan banyak-banyak tau. Dalam 1/4 cawan dulu. Adunan dia tak boleh cair dan pekat sgt. 
4. Biarkan adunan tu dalam 30 minit lepastu boleh la mula masak.
5. Jangan lupa wipe pan dengan minyak sikit. 
6. Mula flip dorayaki ni bila ada bubble. Masa tu boleh flip lah. 
7. Lepas dua-dua belah dah masak boleh la angkat.


Dorayaki ni dia berinti sebenarnya. Orang jepun biasa makan dengan red sweet bean atau pun chocolate. Biasa guna nutella je sebab senang nak buat dr start from scratch buat ganache kan. Boleh juga kalau nak sapu jam makan lepastu kapit lah dua dorayaki anda. Hehe. Senang sangat nak buat sebab semua bahan confirm ada kat rumah. 

Confirm lepas kau makan tetiba muncul pulak poket ajaib doraemon. Kahkah. Kbye Goodnight





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES