2 December 2013

Book Review : Infantisid (fixi)


karya : Rozlan Mohd Noor


SYNOPSIS

Apabila seorang bayi mangsa INFANTISID dibuang ke dalam tong sampah dan dimamah anjing jalanan di ampang, kes ini menular kepada pelbagai komplikasi.

Forensik perubatan mengesahkan keanehan DNA bayi itu, dan ini menarik minat media, ahli politik, NGO, pendakwah dan pengguna media sosial. Kes bertambaah rumit apabila mereka yang terlibat secara langsung mengambil kesempatan untuk mengehjar glamour atau pangkat !

Seorang pembantu rumah yang juga suspek di dalam kes Bayi Tong Sampah dijumpai terbunuh. Seorang lagi suspek melarikan diri ke luar negara, dan kerjasama interpol diperlukan untuk menjejaknya.

Konflik kontroversi ini mengundang Inspektor Mislan Latif dari Unit Siasatan Khas (D9) untuk dileraikan.


Review :

Buku ni dibeli bersama-sama Katarsis sebulan selepas dia keluar dan ketika tu aku berduit. Hahahaha. Ok mula-mula expectation aku masa baca sinopsis yang part "forensik perubatan mengesahkan keanehan DNA bayi itu" baby tu mutan ke so dia ada macam super power. Rupanya lain. DAN baby tu masa jumpa dah mati. Takkan la baby dah kena gigit anjing hidup lagi ye dak ? Satu demi satu rahsia disebalik bayi ni terbongkar dan masa tu lah kau rasa geram ! Ramai sebenarnya manusia ni yang kejam. Langsung takda sikap kemanusiaan tu. Bayi ni memang anak haram. Kalau nak tau macam mana perjalanan mak bapak bayi ni sampai haram jadi nya kau baca lah. Mesti kau terkejut lepastu mesti kau cakap dalam hati "Sial punya bapak" haha. Kenapa bapak pulak? Lu baca sendiri jugak. Tapi jujur pendapat aku, aku tak puas dengan novel ni, because at the end of it I crave for more. 

Penulisnya ni bekas polis jadi bahasa yang dia guna pun bahasa polis which is good sebab kita dapat feel sendiri. Kalau nak baca karya penulis yang lain ada, tapi dalam english la. Tapi best ! Aku tak berkesempatan nak baca tapi ada la aku jumpa. Salah satu nya Duke. Pasal penyiasatan jugak. Hehe.

Tetapi setelah selesai menulis novel ini, hati saya berkata, Ini mungkin novel Melayu pertama dan terakhir dikaryakan oleh saya. Tidak pernah saya mengalami kesukarang meng-express my thoughts seperti yang saya alami


Akhir kata, INFANTISID aku bagi 4 dari 5. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES