28 December 2013

Bidding goodbye to 2013

2013 ni mungkin tahun paling pelangi lah sepanjang kehidupan aku setakat ni. Terlalu banyak bittersweet moment yang mungkin atau tidak akan berulang lagi masa hadapan nanti. Ewah ~

Dari budak sekolah kepada penanam anggur secara part time kemudian sebagai buruh di Daiso Midvalley. Dari situ lah bermula nya aku addicted dengan kedai milik negara matahari naik, Jepun yang diuruskan management sial Daiso Midvalley yang telah membuang aku bekerja secara suka mak bapak dia. Kini kau lihat saja buruh buruh nya orang pinoy saja. Try sepam dua bekerja, pasti hari-hari kau tidak ubah seperti anjing cara kau bekerja. Bukan nak samakan binatang dan engkau, tapi begitulah nasib para pekerja di situ. 

Kemudia saya membalas dendam, (oh tidak lah dendam sangat) dengan bekerja di butik Santa Barbara betul2 letak nya di depan Daiso tu. Ada juga sekali dua saya melambai-lambai supervisor di kedai hadapan sambil angkat tangan. Ok yang ni mungkin saya tipu. Haha. Atas beberapa sebab yg tak dapat dielakkan saya terpaksa berhenti. 10 hari disitu, cukup memberi seribu erti. Ewah. haha. Kemudian saya bekerja dia Daiso satu kali lagi di Aeon Rawang. Disana, minat saya terhadap Daiso dipupuk dengan lebih mendalam. Tanya saja apa barang Daiso, saya confirm tahu. Haha. Best siallll kerja Daiso ! Nak-nak bila jadi cashier sebab saya rasa saya cekap lepastu saya suka bercakap dengan customer mungkin saya amat banyak bercakap. Maaf lah, saya poyo jap. Saya bekerja disitu selama 3 bulan. 


Dalam saya bekerja tu, bulan March result SPM keluar dan Alhamdulillah saya tidak menjangkakan result sebegitu. Kehadrat Allah saya panjatkan kesyukuran. Alhamdulillah 100X. Ada la try apply beberapa biasiswa, dan alhamdulillah dapat interview dengan JPA. Saya kira interview itu saya hentam sahaja kerana ketika itu saya buruh Daiso Aeon dan tak punya masa untuk prepare apa2, dan malam itu saya kembali bekerja shift malam sebab ada stock take. Gila betul. 


Dan disinilah saya di Intec, sambung belajar. A-level. Doakan lah saya banyak-banyak supaya dapat sampai negara omputih tu agar saya dapat makan cheese hari2. Haha. Sekian tiada apa yang saya harapkan dari menggembirakan hati semua orang.


IKLAN : Jangan lupa singgah blogshop/instashop saya. Jual barang2. Lai lai ~ singah singgah ~



Goodbye 2013 *flips hair*




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES