18 December 2013

Apa itu COMANGO !?

Atas dasar cinta akan Malaysia dan agama, maka aku gagahkan diri untuk menulis tentang COMANGO. Kerana aku paham yang ramai yang masih leka dan dibuai isu lain yang langsung tak mendatang kan faedah. Sedikit peringatan, bahawa penulisan ini mungkin ada cacat nya di beberapa sudut, maka harus lah yang lebih arif memperbetul kan fakta yang auta. DAN, ini mungkin terlalu panjang untuk dihadam oleh otak kita yang kebanyakan lebih berminat untuk baca gosip artis dari benda sebegini. Mari kita mulakan.


...............................................................................................................


Sebelum aku mula bercerita mengenai COMANGO. Aku nak mulakan dengan menjelaskan tentang UPR. Memandangkan Malaysia ahli anggota PBB, setiap negara yang menjadi ahli termaktub dengan segala bapak peraturan yang aku sendiri taktau. Untuk memastikan setiap negara mematuhi segala bapak peraturan yang konon konon nya untuk keamanan sejagat bukan untuk kepentingan peribadi, MAKA disitulah peranan UPR. UPR stands for "Universal Periodic Review". Aku quote sikit dari blog orang.
"Proses semakan ke atas 193 buah negara anggota PBB terhadap kepatuhan kepada beberapa ketetapan oleh Majlis Hak Asasi Manusia Persatuan Bangsa Bangsa Bersatu (UNHRC)"- Akarimomar 
To assume, UPR deals with human rights. Setiap tahun, akan ada beberapa negara yang di review oleh UPR, dan mereka ini akan menyemak samada setiap negara anggota mematuhi hak asasi yang termaktub dalam UPR ni. Masa tengah menyemak ni, selama ni ada gabungan NGO yang dikenali sebagai COMANGO, menuntut hak asasi manusia seperti di dalam gambar ini. NGO tersebut adalah NGO dari Malaysia. Identiti dorang tidak lah dapat aku ketahui ye semua


Tapi dari apa yang aku baca, kebanyakkan NGO tersebut tidak lah semuanya berdaftar dengan ROS. Banyak yang haram. Tapi tak dapat di pastikan samada tuntan mereka ini sah disisi undang-undang.

Yang menjadi kemusykilan dan tanda tanya pada aku, negara-negara yang mengamalkan undang-undang islam seperti IRAN, Saudi Arabia dan baru- baru ini Brunei. Mungkin, UPR tidak menerima apa-apa tuntutan dari NGO atau rakyat negara berikut. Barang kali mereka lebih takut kan Allah dari undang-undang manusia ni. 

Betapa teruk nya rakyat atau individu muslim di Malaysia ni untuk menghalalkan dan menerima segala tuntuan tersebut kerana aku percaya sebahagian anggota NGO-NGO tyang membuat tuntuan adalah seorang yang beragama islam. Zahir nya, perkara ini terlalu sensitif untuk di bincang kan di blog aku ni sebab banyak hati yang perlu di jaga.

Apa-apa pun, aku harap korang boleh faham benda ni sikit. Sekian.

update : jom sign petition ni ! 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES