6 November 2013

Untuk adik adik yang nervous.

Selamat malam untuk manusia sejagat.


Bukan adik-adik 96 sahaja yang ada exam besar, akak A-level pun final ok. Mari kita panjatkan kesyukuran dekat Tuhan sebab bagi peluang belajar. Ada adik-adik 96 yang tak pergi sekolah sebab takde duit. Kesian mereka.


Adik-adik jangan nak nervous sangat. SPM tu penting sikit je. Macam Abang Najib Nottingham cakap "SPM just gets you where you wanna be. Better results=more choices. Cause after that, no one cares what you get"  Mendalam kan adik adik ? Setiap mak bapak pun taknak lebih pun melainkan anak dia jadi orang. Bukan orang lidi, tapi memang betul-betul orang bukan berperangai seperti syaiton.


Kalau adik2 gagal dapat result yang memuaskan , adik adik jangan nak give up sangat lah. Banyak lagi orang yang fail exam tapi berjaya dalam hidup. Term "berjaya" tu lain-lain setiap orang. Contoh ada banyak. Satu akak nak bagi adalah Thomas Alba Edison. Tanpa dia takde lampu kat rumah adik. Sampai adik mampus pun pakai lilin. Silap2 adik adik kena bakar dengan mak sebab lilin habis, jadi adik pun umpama lilin yang membakar diri. Nampak tak dia punya sacrifice tu ? 


Akak percaya, kebijaksanaan Allah bagi dekat setiap orang lain-lain. Adik mungkin bijak main guli tapi adik punya kawan bijak main dam ular. Nampak kan kat situ ? Akak rasa zaman sekarang ni kalau nak hidup senang kena ada duit. Kita hidup sekarang main duit je kerja. Jadi kalau adik2 tak dapat peluang belajar, apa kata test bukak bisness kecil-kecil. Mula dari pasar malam. Pasar malam tu lubuk duit adik oi. Jangan ingat pasar malam takde standard. 3 tahun lepastu, adik mungkin lebih kaya dari kawan adik yang lepas graduate kerja kerani cabuk sebab takde peluang kerja. Nampak tak ? Rezeki Allah ada adik. Percaya kat diri sendiri lepastu semua akan Ok


Macam mana kaya nak mampus pun adik adik, setinggi gunung timbunan duit adik adik, kejayaan paling ultimate sekali bila kita berjaya  akhirat. 

Amacam, nervous lagi takk ??



2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES