21 November 2013

Koleksi Buku

Semalam aku takda update blog pasal penat sangat. Aku tak pasti kerja apa aku buat pun tak ingat. Tapi yang pastu semalam bukan main aku awal tidur. Harini pun tak pasti nak cerita apa. Kalau korang perasan aku ada buat review buku. Semua nya pun buku fixi sebab setakat ni favourite publisher aku fixi lah. Apa-apa buku pun lagi best dari buku publisher lain. Yang lain tu tajuk dia je dah nak kasi tekak aku loya bagai ibu mengandung. haha.



Ini total buku fixi yang aku dah baca. Ada yang aku kasi pinjam kawan. Sebahagian dari buku-buku dalam gambar ni aku belum buat review lagi. Insyallah aku try buat dalam cuti semester ni.


Yang ni pun buku fixi jugak tapi yang masih tak terbaca lagi. Entah bila aku nak baca. Bukan tak best, belum ada masa. Haha


Ini sumpah aku tak percaya aku ada beli buku ni. Dia punya tajuk boleh geli belakang tengkuk. Ada satu lagi buku takda, buku dan sebenarnya saya isteri dia. Beli pun sebab drama dia tayang kat tv la. Tapi dan sebenarnya saya isteri dia tulah yang paling best. Paling tak geli anak tekak.


Ini bukan fixi. Ada yang dari sang freud press dengan lejen press. Ni pun bet jugak. Insyallah nanti aku buat review ok.


Ini beli dekat Popular masa tu tengah sale. Sebat jelah. Tapi yang ni mungkin tak buat review. Haha


Ni beli dekat big bad wolf sale itu hari. Entah bila aku nak baca pun taktau. Tapi aku kena gak baca sebab next sem aku dah start IELTS, kalau tak power English tak jejak la gua dekat UK tu nanti. Ok bye. 



p/s: nanti aku post review buku fixi . Tak janji tapi nanti ada cuma taktau bila. Hahaha. Oh lepastu kalau ada sape2 nak beli buku ni boleh ah email aku. Aku kasi best price.




guess who he is. the first one who give the correct answer win !


4 comments:

  1. Replies
    1. hahahahaha ! betul sangat. Dah kau menang ah. haha

      Delete
  2. Wah, banyak nya buku. Tiba2 rasa macam nak baca buku fixi pulak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli lah buku fixi sebab dia lain dari novel yang ada kat malaysia. Recommended utk orang yg minat genre mystery or thriller. Boleh sawan ! hehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES