6 October 2013

Resepi : Meatballs with mashed potato (blackpepper gravy)


GAMBAR YANG TELAH MENCETUSKAN KONTROVERSI. Eh yeke ?


So ni atas request orang ramai. Ni resepinya :D

Resepi Blackpepper Gravy 

Butter/minyak untuk tumis
1 biji bawang merah/holland
Sos blackpepper (macam2 brand ada. Boleh beli kimball, maggi atau sukati engko la)
Susu
Kicap lemak manis
Kicap pekat (optional)
Blackpepper (kalau boleh yg kisar kasar sikit tu)
Garam
Air
*Pemekat

1.First step.. Masukkan butter untuk tumis bawang. Aku prefer butter sebab lebih ummphh. Takde butter, marjerin pun boleh. Tumis sampai dia naik bau bukan main sedap lagi
2. Lepas dah tumis bawang, masukkan sos blackpepper. Kuantiti dia depend berapa orang nak makan. Kalau 3-4 orang separuh botol aku guna. Sebotol untuk 6 orang. Haha. Masukkan kicap dalam 4 sudu. Pastu masukkan air ikut berapa banyak gravy dia kau nk. Aku buat gravy memang biasa mcm orang nak buat kenduri.
3. Lepas dh masukkan air dan dah agak2 menggelegak. Masukkan pemekat. Ok, pemekat ni ada dua. Satu guna tepung jagung. Satu lagi rhu. Rhu tu butter dengan tepung gandum. Cairkan butter then masukkan tepung sampai dia jadi macam paste.  Kacau sampai dia pekat. Kalau tak cukup pekat, tambah la lg pemekat.
4. Ok bila dah pekat, kau kasi dia didih, bubuh garam dengan blackpepper secukup rasa. Dah ok kau masukkan susu. Banyak mana ? Sampai warna dia agak2 perang. Masak sampai dia masak, sampai naluri kau kata dah ok la kot

Meatball

1 peket kecik daging kisar (RAMLY 500g)
Garam
Blackpepper
5 sudu sos blackpepper

1. Make sure daging dah betul2 defrost. Masukkan dalam satu bekas besar. 
2. Gaul daging dengan garam, blackppepper dan sos blackpepper. Secukup rasa ok
3. Bila dah habis gaul, bulat-bulatkan dia dan masukkan dalam gravy yang dah dimasak. Make sure gravy tu api dia buka la.

Mashed potato

Kentang
Blackpepper
Garam
Susu

1. Rabus kentang sampai dia lembut gila
2. Lecek dia masa panas tu pastu bubuh garam dengan blackpepper secukup rasa.
3.Masukkan susu sikit demi sedikit. Agak dia smooth tu ok la tu. 


Jadi ini saja resepi nya. Sikit sangat bahan. Paling penting kau kena ada sos blackpepper dan blackpepper tu. Garam dengan minya ofcourse la. Ayuh berkecah dekat dapur sekarang. Hehe








1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES