31 October 2013

Hello November

Sedikit cerita sebelum kita masuk November


31 Oktober

Pagi yang hening bapak gua macam biasa hantar gua sampai INTEC. Sampai je sini gua kaget kejap sebab rumah krik krik takda orang. Gua dah alert pasal benda ni sebab tadi malam roomate gua mesej cakap dia menginap kat rumah makcik dia sepurnama. Eh ? Gua tidur sebab tadi pagi gua bangun pukul 5.30 itu jam syaitan jimbit dah bergayut bawah kelopak ajak tidur jadi gua tidur.

Lepas gua bangun, gua lihat katil sebelah kosong. Demm, gua bakal berseorangan untuk beberapa hari ni dan gua tak pasti gua sanggup- Silents can kill you inside and out. Gua cari akal nak merayap mana ini hari. Itu jam gua text classmate gua tanya keberadaan dia.Malangnya dia sibuk dengan kelab roti bakar dia. Jadi, gua mesej yang lain. Itu dorang ada kat library INTEC. Gua siap2 kemas lepastu gua turun lunch kat mamak rafi. Rafi ni antara mamak-mamak, dia diibaratkan macam secret recipe. Lepas gua lunch gua gerak bustop tunggu bus

Al malangnya minggu ni study week, al tak semua nya ada kat intec. Semua nya stok2 berhibernasi dalam kepompong Akasia tu. Ini hari gua takde luck tunggu bus, bus rapid punya lama. Itu jam gua ada maki sikit bus rapid dalam twitter jam tu juga dia tiba. Beberapa jam gua kat library, menahan suhu yang mencucuk2 tulang sumsum gua, itu jam, hand dryer toilet dan gua umpama sahabat sejati. Entah macam mana keluar idea nak study kat mcd pkns.

Dengan keadaan bumi tak berapa nak disinari matahari , ada air-air turun dari langit berjalan kami ke bustop tunggu bus. Masih sama , bus rapid bikin gua punya hati ada sikit bengang. Namun, bus mini pakcik botak memberi sinar harapan baru pada gua dan classmate gua. Alhamdulillah. Kami disana sampai 9.30 dan kami juga pulang naik bus mini satu kali lagi. Takbir untuk pakcik bus !



Selamat november. Gua nak final. Harap lepas cut off point.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES