25 August 2013

Im Jetlagged. (konon nya)

Semalam pagi cuaca baik gila. Hujan. Tau-tau je aku tak beli kipas lagi kan. Pagi tu hampir tak sedar, naib baik roomate gerak. Alangkah indah kalau dapat sambung tidur. Baju tak gosok lagi la plak. Mandi dah 15 minit. Nak gosok baju, nak brekpes lagi. Cerita dia pagi tu aku tak sempat nak breakfeast langsung.

Dengan tak brekpes, lepastu sampai kelas baru sedar tertinggal botol air. Time tu rasa macam nak tembak diri sendiri. First class pagi tu English dan ada presentation. Bagus betul masuk2 je kelas, hey class cancel. What la. Boleh sambung tidur kot. Pastu aku g brekpes ngan mira kat cafe Ausmat. Marah betul aku, nasi goreng+bergedil+air masak is RM 4. -,-

Masa lebih yang ada tu aku guna untuk terkinja dalam kelas dengan budak2 ni. Tang kelas ekonomi,, mata aku ni nak celik pun tak lepas. Ya Allah mengantuk dia, macam ada 1 million of syaiton buat flying fox, dari mata kanan ke mata kiri. Syaiton betul. Biasa pagi2 aku minum kopi haram tak ngantuk langsung.

Balik tu, lepas makan tengok the conjuring kat rumah, dengan nina and mira. Aku dah tengok jadi dengan bilik nad yang ada kipas tu aku tertido. Mak aiii. Dah ah ngantok kan. Aku terjaga, aku bangun masuk bilik aku. Sedar-sedar je 5.44 . Ah sudah , ayah mesej nak amik pukul 5.30. Aku check hp, 2 messages. Weh naya kena maki satgi dalam kereta. Buka mesej dia ckp amik pukul 6.30. Lega ya amat


Balik rumah tiba2 aku kena serang sakit kepala+ngantok macam 10 tahun tak pernah tidur padahal petang tadi aku tidur. Bukan main awal pukul 11 malam dah tido. Esok nya bangun subuh mak aku kejut aku merepek apa tah cakap pasal najib perdana menteri tu. Celaka betul. Sambung balik tidur pukul 10.50 baru bangun. Paling pelik sekali is, aku still mengantuk. Kenapaaaaa ?  Lepas balik openhouse dalam pukul 3 aku  bantai tidur balik sampai 7.30. Sekarang baru aku rasa segar. Jetlag is cured. Haha



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES