23 July 2013

Intec at week 3

Ramadhan korang macam mana ? Aku ok je kot. Except, dh dua minggu ni aku sahur air je. Aku malas dan mengantuk tahap cipan. Balik kelas, tidur. Bangun pergi cari makan. Balik rumah siapkan kerja, tengok movie, tidur. Aku rasa macam sedikit lifeless. Dalam kelas Ya Allah ngantuk ya amat.


Basically sini macam sekolah je. Balik pukul 12-1. Paling lambat 3.50. Pagi-pagi sumpah mengantuk nak mampus. Sabar jelah. Ni sambil taip ni pun tahan ngantuk. Penat gila weh. Mungkin bulan puasa la kot. Kena banyak sabar je. Dah la panas kan. Aku belum beli lagi kipas. Rasanya lepas ada kipas barulah selesas sikit. House mate dah beli dah. Aku tengok dorg tidur sedap nya. Angin sepoi sepoi bahasa. Haha. 


Pada setiap minggu jugak aku berharap agar Jumaat tiba dengan pantas sekali. Aku nak makan sedap. Nak tidur dengan aircond. Haha. 


So kat sini aku belajar subjek Maths, Economics, account and psychology. Sumpah aku benci gila maths weh. Aku benci sebab aku tak boleh nak buat T.T nak menangis dohhh. Serious. Dah la sem ni kena cover 14 chapter. Account pulak aku suka gilaaaa sebab aku boleh buat, aku faham. Maybe sebab aku dah pernah belajar kan. Econs pun sama. Cuma cam ada tambah-tambah sikit but still faham kalau nak compare dengan maths. Sabarrrr jelah. 


Dah la, aku nak berehat-berehat.. Penat ni


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES