17 June 2013

Book Review : Kasino (Fixi)

Kasino dibaca selepas tamat nya daku habiskan Ilusaniti yang kebabom dia punya story line. Salue Adib Zaini !



Kasino : Saifullizan Tahir



Sinopsis :


Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantan dicabar. Dia berkebolehan kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan Hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.

Apabila negeri dimana dia berniaga diambil oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangan nya tergugat. Lebih parah, dia kini berhutan RM 3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah dihadapkan ke badan pencegah rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib dia gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik seakin menghimpit . Di medan kasino sebegini kemuliaan nya hanyalah dari kemenangan.


Pendapat aku :

Buku ni serius shit memang pasal orang politik. Kalau kau tak minat memang blerghh habis la buku ni pada kau. Aku teka, kerajaan yang dorang maksudkan tu iaitu "Tualang" adalah negeri Selangor. Mneteri besar dia, Khalid Ibrahim. Ini cerita orang yang takleh survive sebab orang dalam dia dah kalah. Benda paling aku benci la bila dia explain setiap kali si Narcissus ni nak pakai baju ke nak siap2 dia punya brand. Perghhh, dah la banyak. Memang bajet je. Penulis cuba gambarkan hidup si Narcissus yang hedonis lagi mewah. Tapi serious aku tak suka. 

Paling takleh blah sekali, dia ni islam. Solat bagus, memang penuh. Siap bermusafir lagi kalau luar kawasan. Tapi yg aku pelik nya ada perempuan simpanan yang kasi servis kat dia ni. Main betina, lepastu togok arak. Wattafak wehhh. Sakit hati sebab dia tak bagitau kenapa dia ni minum arak, tapi solat dan sebagai nya. Bila dia menang judi yang last, bayar balik hutang, bahagi2 untung , cerita tu habis macam tu je. I want more. aku tak puas

Aku hanya boleh bagi 3.5/5 sahaja. Minta maaf.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES