ILUSANITI by Adib Zaini
Sinopsis :
Ini kisah sekumpulan kawan
Lama sudah kenal secara online
Untuk kali pertama mereka bertemu
Seorang mati bunuh diri selepas itu.
Ataupun ada konspirasi yang mereka tak tahu
Nisan siapa bakal diukir lagi ?
Ingatan semakin hilang setiap hari
Tidur dipenuhi mimpi ngeri
Ini semua ilusi atau realiti ?
Pendapat aku :
Cerita ni memang kena dengan jiwa aku. Sangat ! Dorang ni kenal online, dorang main game dan menjadi ahli forum. Kali pertama dorang jumpa masa tayangan filem Samad Spender. Hahah. Mula dari situ watak utama dia yang hanya bahasakan diri dia sebagai aku, mula alami amnesia. Dia tak ingat apa yg jadi dalam masa seminggu. Kemudian, salah sorang dari dorang mati bunuh diri. Sadis pulak cara dia. Watak utama ni plak mimpi benda pelik yang pada dia menakutkan sebab rasa seperti real. Kalau nak tau apa nama bandar dia kena la beli / pinjam dan baca ye. Dan apa kaitan bandar tu dengan ikan paus ?
Jalan cerita ni balanced. Tak rushing which aku suka sebab tak nampak yang penulis amat desperate nak kejar dateline atau kering idea. So aku bagi 5/5 bintang. Serious aku kata memang 'Mindfucked' gila baca novel ni. Lain dari yang lain. Tu je aku boleh kata Lu orang patut cuba baca. Segera baca !
Buku ni memang terbaikkk
ReplyDelete