28 May 2013

Book review : Ngeri (FIXI)

Buku ni beli sekali kat MPH dgn novel Suami. Review Suami boleh baca kat sini.


Expectation aku untuk NGERI ni agak tinggi. Sebab synopsis dia memang awal2 lagi dah tangkap aku ke alam keterujaan. Aku start baca novel Suami dulu. Adik aku baca Ngeri. Jadi bila dia dah habis baca, dia pergi cerita la kat aku sikit-sikit macam mana ending dia apa semua, siapa yang bunuh sebenarnya. Lepas habis baca Suami, aku start baca Ngeri.

Ni dah kenapa ada macam email email ni. Humm. Bila baca lagi rasa macam annoyed la. Sebab ada banyak email tu yg ganggu kelancaran aku baca. Email tu perbualan antara watak-watak dlm cerita tu lah. Dia terlalu ringkas. Jadi bila sampai part yg perenggan aku jadi tak puas dengan jalan cerita dia. Rasa macam tersengguk-sengguk sebab di selang selikan dengan email tu.

Dari segi jalan cerita aku rasa memang kebaboom. Memang ni aku bg 5 bintang. Tambahan pulak, aku rasa mood aku spoil masa baca novel ni sebab adik aku dah cerita sikit sikit. Tu ah punca utama dia aku rasa. Walaubagaimanapun, aku tetap sarankan korg beli Ngeri ni sebagai penambah koleksi novel dari fixi. Dan jangan lupa beli sambungan Ngeri which is Mangsa. Review Mangsa akan menyusul. Sebab aku belum habis baca. Haha
update: keseluruhan novel ni aku bagi 4 dari 5 bintang

Ok bai



p/s: video ni sangat pelik. 

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES