29 May 2013

Book review : Mangsa (FIXI)

Novel Mangsa ni merupakan sambungan kepada novel Ngeri. Fulamak weh. Mangsa ni pada aku lah, lebih best gempak gila babi hutan dari Ngeri. Fulamak wehhh. Kebaboommm best dia. Aku rasa excited sangat ni sebab aku baru je habis baca novel Mangsa


Novel ni bila kau baca, dia seolah-olah macam cerpen. Ada 3 cerita. Tapi bila sampai satu part/bab tu, barulah ada connection antara semua bab-bab dan cerita-cerita tersebut sampai lah ke ending dia. Kisah Natalia dan Nazwan. Inspektor Rashid dan Detektif Hema. Hani dan kawan baik dia Jo. Jalan cerita dia cantik je. Flowy dan tak rushing bila dah nak sampai ending. Paling aku sakit hati sebab ending dia tu pembunuh tak dapat ditangkap. Ini memang la bab* sedikit. Hantu raya betul.

Ada part tu bila Detektif Minho tengok gambar-gambar dekat wall of fame. Dia terkejut. Aku pun terkejut. Memang holy shit sungguh. Start dari situ aku memang nekad nak habiskan sekarang jugak. Aku suka jalan cerita novel ni. Macam mana la si Gina ni dia perah otak dapat idea yang gila-gila macam ni. Memang aku salute habis la. Semoga ada sambungan kepada novel ni, sebab dia tak habis lagi !! Aku nak tau bila si pembunuh tu nak kena tangkap !! lakhanat betul la si tut tut. Jadi disebabkan elemen saspen amat banyak, maka aku anugerahkan Mangsa 5 dari 5 bintang. Tahniah Gina Yap Lai Loong untuk jalan cerita yang power gila !



1 comment:

  1. wow..i'm a big fan of novel fixi! but not yet read this and gonna get it asap!haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
COPYRIGHT © 2017 | THEME BY RUMAH ES