apakah aku dah mungkir janji pd diri sendiri taknak update blog selalu ? baru je semalam aku update . kemaruk kot . yelah sementara ada masa ni , lebih baik aku update something kn ?
ok semua , keluarkan kertas , pencil atau pen . anda akn mencatat resepi cekodok paling lazat di bumi ini . mengapa ia sedap ? sebab ia rangup ..
- butter . jangan guna seketul tu , engko dh gila ke ape . hanya gunakan 1 atau 2 sudu besar butter sahaja . kenapa aku tak guna brand buttercup ? sbb brand ni murah ! haha . kenapa nk membazir kalau boleh berjimat .
- garam . aku taktau nak sukat mcm mana . sebab ak guna susu punya sudu . tp aku rasa 1 sudu besar ukurannya . takpun , korg bubuh , kemudian rasa . agak2 dh cukup kemasinan , takyah la bubuh dah
- bawang . aku guna seketul tu . cincang halus . bukan hiris .
- tepung gandum . kelas ko , cap 1 malaysia . geli mak beli tepung ni . gasak la ak nak guna cap sauh . satu peket RM 2.80 . tepung cap 1 malaysia ni baru RM 1.35 . bape banyak beza ? boleh beli aiskrim .
- air secukupnya . ia , memang guna air paip
- 1 biji telur
- sebatang carrot
- sos , untuk cicah .
cara-caranya :
1- cincang halus bawang , kemudian sagat carrot . lepastu bubuh dlm mangkuk .
2-bubuh telur dgn butter . lepastu , letak tepung . sukahati la banyak mana nk letak tepung tu .
3-bubuh garam secukupnya . rasa dulu , takut terlebih masin .
4-letak air kemudian kacau adunan tu , jangan bagi berketul . make sure bancuhan tu tak cair sgt . agak2 la
5-lepastu goreng la . tadaaaa , siappp !
penggunaan butter akan merangupkan lagi cekodok ni . harap maklum . penambahan bahan lain seperti ikan bilis , daun kucai , cili dan udang adalah digalakkan .
rupa cekodok bila dah siap
cuba lah resepi ni bila lapang dan kebuluran :D
SEKIAN HEHE
No comments:
Post a Comment